hello peeps. welcome :) i am farah najwa bt shamshuzaman. fara for short. this is my blog , my diary , and my story , so i feel free to share what i want to. so , just shut up and read okay bebeh. hikhik. and you also can feel free to follow me , thank you ~

p/s : for full story just click at the title :)

keredhaan NYA

Posted by : farah najwa at Saturday, April 23, 2011
Assalammualaikum...


Dalam kehidupan kita, adakah semua benda yang kita rancang kita kan perolehi?
Pernah tak rasa dari kecil semuanya indah bagi diri kita tapi bak kata pepatah, panas tidak sehingga ke petang, ada hujan di tengahari..
TAPI apabila hujan semakin reda, muncullah pelangi yang indah...

Begitulah kehidupan kita di dunia ini...Kegagalan mengajar segala erti kematangan dan lebih menghargai dalam hidup...Kegagalan adalah satu tarbiyyah pada diri kita supaya keperitan dan kesedihan yang dihadapi akan kita lebih menghargai kecemerlangan yang akan datang.

Mungkin kita seorang yang cemerlang di tadika.
Mungkin kita seorang yang cemerlang di sekolah rendah.
Mungkin kita seorang yang cemerlang di sekolah menengah.
Mungkin kita seorang yang cemerlang di matrikulasi.
Mungkin kita seorang yang cemerlang di universiti.
Mungkinkah kita cemerlang dalam kehidupan masa depan?
RENUNGKAN !

Ayam juga tidak tahu apa akan terjadi pada telurnya, adakah ia akan menetas atau digoreng di atas kuali.Begitu jua pada manusia, tiada yang tahu masa depannya.

Kita cemerlang dari dulu hingga kini tapi bolehkah kita pastikan kita cemerlang kita berterusan dan diwarisi pada zuriat kita?

cemerlang tu subjektif kan sebenarnya :)
Ada yang kata cemerlang tu kena dapat gred yang baik, kena dapat 4 flat, kena dapat 10A
Ada pulak kata cemerlang tu dengan dapat imbang akademik dan kokurikulum.
Setiap orang ada tafsiran cemerlang untuk diri sendiri.
Ada yang sentiasa berusaha untuk cemerlang tapi keputusan tidak berpihak padanya. 
Ingatlah, pasti ALLAH sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuk dirinya.kecemerlangan itu mungkin bukan ALLAH tentukan pada kita tapi insyaALLAH pada zuriat kita.

Nikmatilah hidup yang ada, belajarlah semua benda untuk lebih dapat banyak ilmu.Belajar bukan semata-mata untuk gred sahaja tanpa boleh dimanfaatkan.

Pesanan untuk sahabat-sahabat dan diri sendiri : Jangan kita sesali jalan yang kita pilih ini dan teruskan lah sesi pembelajaran kita dengan redha ALLAH....

amin :)

0 pengkritik:

Post a Comment